Sunday, 1 April 2018

PERANCANGAN KELUARGA


Definisi Perancangan Keluarga 

Menentukan masa yang sesuai untuk mempunyai anak, menjarakkan kehamilan anak, dan bilangan anak yang diinginkan oleh pasangan suami isteri.


Kelebihan Merancang Keluarga

1. kewangan
Jarak antara kelahiran anak-anak dapat memberi tumpuan lebih kepada pembesaran anak yang sedia ada. Bilangan anak yang bertambah bermakna komitmen kewangan yang lebih tinggi berbanding sebelumnya. Ibu bapa yang merancang keluarga dapat bersedia awal dari segi kewangan untuk menambahkan ahli keluarga.


2. Kesihatan Wanita
wanita memerlukan masa untuk sembuh selepas bersalin, sihat luaran tidak semestinya sihat dalaman . Cara yang terbaik adalah memberi masa secukupnya untuk isteri sembuh adalah dengan merancang kehamilan. Melahirkan dan mengandung bukan satu benda yang mudah ia mengambil masa yang panjang. 


3. Anak 
Menyusun jarak anak yang sesuai baik untuk keharmonian keluarga. Perancangan keluarga bukannya untuk menghadkan atau tidak mahu langsung zuriat tetapi jika jarak antara kelahiran anak agak dekat mungkin tanggungan kos lebih terasa. Sebagai ibu bapa, mereka pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak dari segi pendidikan, tempat tinggal, pakaian, makan minum dan sebagainya. Ibu bapa juga dapat memberi tumpuan yang secukupnya untuk pertumbesaran anak-anak.


4. Kerjaya wanita 
Wanita masa kini mempunyai impian dan cita-cita yang tinggi. Oleh itu, berikan mereka masa untuk mengembangkan kerjayanya. Kehamilan bukan hanya mengubah keadaan fizikal tetapi melibatkan corak perkembangan kerjayanya contohnya wanita yang hamil akan mengambil cuti yang panjang untuk tempoh berpantang selepas bersalin. Selain itu, wanita yang hamil mungkin mengalami alahan teruk yang boleh menganggu pretasi kerja.



Kaedah Perancangan Keluarga 

1. Penggunaan alat pencegahan kehamilan di dalam rahim (IUCD)
   
    IUCD bermaksud Intra Uterine Contraceptive Device , yang merupakan satu alat perancang keluarga yang di perbuat dari bahan khas yang mempunyai benang . Ia akan dimasukkan ke dalam rahim melalui faraj ketika haid dan dikeluarkan apabila genap 3 tahun .





2. Suntikan hormon pencegah kehamilan  

    Hormon sintetik diberikan secara suntikan untuk mencegah kehamilan .Ini juga satu kaedah perancang keluarga dalam  jangka masa yang panjang.
    Hormon sintetik berperanan untuk :
                                                             a) mencegah ovulasi
                                                            b) menjadikan lendir servik lebih pekat supaya sperma sukar                                                                        untuk  bergerak 
                                                             c) menjadikan dinding rahim nipis dan tidak sesuai untuk                                                                            pelekatan janin



 3.  Kaedah semulajadi 


Kaedah semulajadi

Huraian
Kaedah kalendar
Mencegah kehamilan dengan mengelakkan hubungan seks semasa semasa waktu subuh mengikut kiraan kalendar.
Kaedah suhu badan
Peningkatan suhu badan dari aras rendah ke aras tinggi adalah petanda ovulasi telah berlaku.


4.  Pil Perancang
 
Pil perancang keluarga berfungsi menghalang ovari daripada membebaskan telur setiap bulan, jadi pensenyawaan tidak berlaku . Ia berkesan sehingga 99.5% dalam mengawal kehamilan jika digunakan dengan betul dan berterusan .



5. Implan 

Sejenis rod sebesar batang mancis yang dimasukkan di bawah kulit lengan atas. Sejenis hormon progestogen iaitu etonogesterol akan dihasilkan pada kadar yang sama setiap hari untuk mencegah kehamilan . 



kesimpulanya, perancangan keluarga adalah penting bagi keharmonian sesebuah keluarga. Perancang keluarga melihat sesuatu aspek secara meluas dan tidak terburu-buru membuat sesuatu keputusan. 




No comments:

Post a Comment