Sunday, 1 April 2018

PERANCANGAN KELUARGA


Definisi Perancangan Keluarga 

Menentukan masa yang sesuai untuk mempunyai anak, menjarakkan kehamilan anak, dan bilangan anak yang diinginkan oleh pasangan suami isteri.


Kelebihan Merancang Keluarga

1. kewangan
Jarak antara kelahiran anak-anak dapat memberi tumpuan lebih kepada pembesaran anak yang sedia ada. Bilangan anak yang bertambah bermakna komitmen kewangan yang lebih tinggi berbanding sebelumnya. Ibu bapa yang merancang keluarga dapat bersedia awal dari segi kewangan untuk menambahkan ahli keluarga.


2. Kesihatan Wanita
wanita memerlukan masa untuk sembuh selepas bersalin, sihat luaran tidak semestinya sihat dalaman . Cara yang terbaik adalah memberi masa secukupnya untuk isteri sembuh adalah dengan merancang kehamilan. Melahirkan dan mengandung bukan satu benda yang mudah ia mengambil masa yang panjang. 


3. Anak 
Menyusun jarak anak yang sesuai baik untuk keharmonian keluarga. Perancangan keluarga bukannya untuk menghadkan atau tidak mahu langsung zuriat tetapi jika jarak antara kelahiran anak agak dekat mungkin tanggungan kos lebih terasa. Sebagai ibu bapa, mereka pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak dari segi pendidikan, tempat tinggal, pakaian, makan minum dan sebagainya. Ibu bapa juga dapat memberi tumpuan yang secukupnya untuk pertumbesaran anak-anak.


4. Kerjaya wanita 
Wanita masa kini mempunyai impian dan cita-cita yang tinggi. Oleh itu, berikan mereka masa untuk mengembangkan kerjayanya. Kehamilan bukan hanya mengubah keadaan fizikal tetapi melibatkan corak perkembangan kerjayanya contohnya wanita yang hamil akan mengambil cuti yang panjang untuk tempoh berpantang selepas bersalin. Selain itu, wanita yang hamil mungkin mengalami alahan teruk yang boleh menganggu pretasi kerja.



Kaedah Perancangan Keluarga 

1. Penggunaan alat pencegahan kehamilan di dalam rahim (IUCD)
   
    IUCD bermaksud Intra Uterine Contraceptive Device , yang merupakan satu alat perancang keluarga yang di perbuat dari bahan khas yang mempunyai benang . Ia akan dimasukkan ke dalam rahim melalui faraj ketika haid dan dikeluarkan apabila genap 3 tahun .





2. Suntikan hormon pencegah kehamilan  

    Hormon sintetik diberikan secara suntikan untuk mencegah kehamilan .Ini juga satu kaedah perancang keluarga dalam  jangka masa yang panjang.
    Hormon sintetik berperanan untuk :
                                                             a) mencegah ovulasi
                                                            b) menjadikan lendir servik lebih pekat supaya sperma sukar                                                                        untuk  bergerak 
                                                             c) menjadikan dinding rahim nipis dan tidak sesuai untuk                                                                            pelekatan janin



 3.  Kaedah semulajadi 


Kaedah semulajadi

Huraian
Kaedah kalendar
Mencegah kehamilan dengan mengelakkan hubungan seks semasa semasa waktu subuh mengikut kiraan kalendar.
Kaedah suhu badan
Peningkatan suhu badan dari aras rendah ke aras tinggi adalah petanda ovulasi telah berlaku.


4.  Pil Perancang
 
Pil perancang keluarga berfungsi menghalang ovari daripada membebaskan telur setiap bulan, jadi pensenyawaan tidak berlaku . Ia berkesan sehingga 99.5% dalam mengawal kehamilan jika digunakan dengan betul dan berterusan .



5. Implan 

Sejenis rod sebesar batang mancis yang dimasukkan di bawah kulit lengan atas. Sejenis hormon progestogen iaitu etonogesterol akan dihasilkan pada kadar yang sama setiap hari untuk mencegah kehamilan . 



kesimpulanya, perancangan keluarga adalah penting bagi keharmonian sesebuah keluarga. Perancang keluarga melihat sesuatu aspek secara meluas dan tidak terburu-buru membuat sesuatu keputusan. 




Saturday, 3 March 2018

PENYUSUAN SUSU IBU


  penyusuan susu ibu adalah memberi makan kepada bayi dengan susu ibu yang terus daripada payudara ibunya dan bukannya daripada botol susu bayi atau bekas yang lain. Bayi mempunyai refleks menghisap yang membolehkan mereka menyusu dengan baik seperti proses menghidap dan menelan susu. 

   Di Malaysia, polisi Penyusuan Ibu Kebangsaan dan insiatif Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) menggalakkan untuk ibu-ibu memberikan bayi penyusuan selama 6 bulan yang pertama dan boleh diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun . Pada umumnya susu ibu mempunyai 87% air, 3.8% lemak, 1% protein dan 7% laktosa.


KEBAIKAN SUSU IBU


  1.  Mengandungi nutrien semulajadi yang penting untuk pembesaran bayi .
  2.  Mengandungi antibodi semulajadi untuk meningkatkan imuniti 
  3. Memudahkan penghadamkan serta mengelakkan daripada masalah sembelit dan perut  kembung.
  4.  Merendahkan risiko sindrom kematian bayi mengejut (SIDS)
  5.  Kanak-kanak akan memiliki tahap kecerdasan yang tinggi.
  6.  Merendahkan risiko masalah obesiti kepada bayi 
  7.  Merendahkan risiko kanser payudara untuk ibu 
  8.  Membantu ibu mengurangkan berat badan selepas bersalin
  9. Susu ibu mempunyai kesan anti-kulat yang lebih kuat daripada susu lain .

KEPENTINGAN MEMBERI SUSU SELEPAS 1 JAM BERSALIN.

Ramai ibu-ibu yang mengadu tiada susu selepas bersalin . Ini adalah kepentingannya memberi susu selepas bersalin ia bukan sahaja mengenyangkan bayi tetapi memberi banyak kesan kepada penyusuan ibu ,antaranya adalah 

1. Merangsang proses penghasilan dan pengaliran susu secara berterusan.
2. Naluri bayi untuk menghisap lebih tinggi .
3. Membantu mengecutkan rahim ibu.
4. Mengelakkan pendarahan selepas bersalin.
5. Mengeratkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.



CONTOH KAEDAH PENYUSUAN DENGAN BETUL .



Apa yang anda perlu tahu ??? 

1. susu ' leaking'
  • Susu mudah untuk mengalir sepanjang tempoh penyusuan walaupun bayi tiada di sisi. 
  • Tindakan :  Ibu perlu memakai ' Breast Pad ' bagi melindungi kebocoran.
  • Kesan       :  Limpahan yang banyak boleh menyebabkan ' bengkak susu ' kerana susu tersumbat dan keadaan boleh bertambah teruk dengan dijangkit demam dan payu dara perlu di bedah .
2. Sokongan sang suami .
  • Suami isteri perlu bersama-sama menyokong proses penyusuan badan kerana ia sesuatu proses yang mencabar.
  • Tindakan : Mengira berapa kali isteri menyusukan bayi , pada peringkat awal 2 jam sekali dan bila bayi meningkat 3 bulan keatas disusukan bila perlu sahaja. Namun, si ibu perlu mengepam sebanyak 6 - 10 kali sehari bagi mengurangkan risiko susu tersumbat .
  • Kesan       :  Si ibu mungkin tidak mendapat rehat dan tidur yang cukup dan emosinya akan terganggu disebabkan penat .
3. Kasih sayang antara ibu dan bayi .
  • Perbezaan yang sangat ketara antara bayi yang menyusu botol dan menyusu ibu. Anak yang menyusu susu badan akan lebih rapat dengan ibunya berbanding bapanya.
  • Tindakan : Ibu bapa perlu adakan komunikasi semasa penyusuan dijalankan 
  • Kesan       : Bayi tidak mahu dengan bapanya .                                                                                                     
                                  





Thursday, 15 February 2018

KELUARGA


keluarga yang ahlinya terdiri daripada ibu, bapa,  dan anak-anak  yang juga mempunyai ikatan yang sah . Dalam masa yang sama, mereka mengalas segala tanggungjawab bersama. keluarga juga salah satu kelompok atau kumpulan manusia yang hidup bersama sebagai satu unit masyarakat kecil . Mereka mempunyai hubungan darah, ikatan perkahwinan atau ikatan selainnya. Tempat tinggal yang sama iaitu dalam satu rumah serta dipimpin oleh seorang kepala keluarga iaitu bapa.



BEBERAPA DEFINISI KELUARGA DARI BEBERAPA SUMBER :

1. Kelurga ialah sekumpulan orang dengan ikatan perkahwinan, kelahiran, dan adopsi(anak angkat) yang bertujuan untuk mencipta, mempertahankan budaya, dan meningkatkan perkembangan fisik, mental, emosional, dan sosial dari setiap anggota keluarga. 
(DUVALL DAN LOGAN, 1986)

2. Keluarga adalah dua atau lebih individu yang hidup dalam satu rumah tangga kerana adanya hubungan darah, perkahwinan, atau adopsi(anak angkat). Mereka saling berinteraksi antara satu sama lain serta mempunyai peranan masing-masing dan mencipta, mempertahankan sesuatu budaya.  (BAILON DAN MAGLAYA, 1978)

3. Kelurga merupakan unit terkecil dari masyarakat yang terdiri dari kepala keluarga dan beberapa orang yang berkumpul dan tinggal di suatu tempat di bawah satu atap dalam keadaan saling bergantung. 
(DEPARTEMEN KESEHATAN RI, 1988)



Fungsi Keluarga

  • Keagamaan 
Mengenalkan keluarga dalam kehidupan beragama bagi menanamkan kepercayaan bahawa ada kekuatan lain yang mengaturkan kehidupan ini dan wujudnya kehidupan lain selain di dunia ini.
    

  •     Sosial dan budaya 
 Membina sosialisasi dengan tingkah laku yang bersesuaian dengan menerusi nilai-nilai budaya keluarga.


  • Ekonomi 
Mencari sumber-sumber penghasilan untuk keperluan ahli keluarga, pengaturan penggunaan penghasilan keluarga untuk memenuhi keperluan keluarga, menabung untuk memenuhi keperluan keluarga di masa datang..



Cara-cara keluarga yang bahagia 

1. Beri teladan yang baik.

  • Sebagai ketua keluarga , suami perlu menunjukkan contoh yang baik kepada isteri . Begitu juga si isteri , Ibu bapa hendaklah menjadi role model yang baik sebagai contoh kepada anak-anak.  contoh yang mudah adalah dengan bersalaman dengan orang lain ataupun memberi hormat kepada orang yang tua dengan menundukan kepala ketika bersalaman .
2.  Mendekatkan diri kepada agama 
  • Anak-anak harus dikenalkan mengenai agama, ibu bapa mesti mencari cara yang mudah difahami oleh anak-anak . Ceritakan kepentingan mengetahui adanya sang pencipta yang mencipta manusia.
  • Suami harus berperanan menjalankan tanggungjawab ini. Menegur isteri jika ada kesilapan dan bersikap terbuka apabila ditegur oleh isteri.
  • Rahsia rumahtangga Muslim adalah dengan menjadikan solat jemaah di rumah sebagai rutin harian kerana Allah telah memberi perasaan kasih sayang di dalam hati setiap ahli keluarga dan memberikan keberkat.
Doa keluarga bahagia 

3. Berkomunikasi yang berkesan 
  • Komunikasi adalah penting dalam sesebuah perhubungan, dalam sebuah keluarga amat penting untuk tahu cara-cara berbicara dan berhubung terutamanya suami dan isteri.
  • Perbalahan sering berlaku apabila pasangan tidak tahu atau tidak memahami cara bahasa isyarat yang diberikan oleh pasangan .
  •  Gunakan masa yang berkualiti untuk berhadapan dan berbicara dari hati ke hati mengenai hati masing-masing.