Saturday, 3 March 2018

PENYUSUAN SUSU IBU


  penyusuan susu ibu adalah memberi makan kepada bayi dengan susu ibu yang terus daripada payudara ibunya dan bukannya daripada botol susu bayi atau bekas yang lain. Bayi mempunyai refleks menghisap yang membolehkan mereka menyusu dengan baik seperti proses menghidap dan menelan susu. 

   Di Malaysia, polisi Penyusuan Ibu Kebangsaan dan insiatif Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) menggalakkan untuk ibu-ibu memberikan bayi penyusuan selama 6 bulan yang pertama dan boleh diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun . Pada umumnya susu ibu mempunyai 87% air, 3.8% lemak, 1% protein dan 7% laktosa.


KEBAIKAN SUSU IBU


  1.  Mengandungi nutrien semulajadi yang penting untuk pembesaran bayi .
  2.  Mengandungi antibodi semulajadi untuk meningkatkan imuniti 
  3. Memudahkan penghadamkan serta mengelakkan daripada masalah sembelit dan perut  kembung.
  4.  Merendahkan risiko sindrom kematian bayi mengejut (SIDS)
  5.  Kanak-kanak akan memiliki tahap kecerdasan yang tinggi.
  6.  Merendahkan risiko masalah obesiti kepada bayi 
  7.  Merendahkan risiko kanser payudara untuk ibu 
  8.  Membantu ibu mengurangkan berat badan selepas bersalin
  9. Susu ibu mempunyai kesan anti-kulat yang lebih kuat daripada susu lain .

KEPENTINGAN MEMBERI SUSU SELEPAS 1 JAM BERSALIN.

Ramai ibu-ibu yang mengadu tiada susu selepas bersalin . Ini adalah kepentingannya memberi susu selepas bersalin ia bukan sahaja mengenyangkan bayi tetapi memberi banyak kesan kepada penyusuan ibu ,antaranya adalah 

1. Merangsang proses penghasilan dan pengaliran susu secara berterusan.
2. Naluri bayi untuk menghisap lebih tinggi .
3. Membantu mengecutkan rahim ibu.
4. Mengelakkan pendarahan selepas bersalin.
5. Mengeratkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.



CONTOH KAEDAH PENYUSUAN DENGAN BETUL .



Apa yang anda perlu tahu ??? 

1. susu ' leaking'
  • Susu mudah untuk mengalir sepanjang tempoh penyusuan walaupun bayi tiada di sisi. 
  • Tindakan :  Ibu perlu memakai ' Breast Pad ' bagi melindungi kebocoran.
  • Kesan       :  Limpahan yang banyak boleh menyebabkan ' bengkak susu ' kerana susu tersumbat dan keadaan boleh bertambah teruk dengan dijangkit demam dan payu dara perlu di bedah .
2. Sokongan sang suami .
  • Suami isteri perlu bersama-sama menyokong proses penyusuan badan kerana ia sesuatu proses yang mencabar.
  • Tindakan : Mengira berapa kali isteri menyusukan bayi , pada peringkat awal 2 jam sekali dan bila bayi meningkat 3 bulan keatas disusukan bila perlu sahaja. Namun, si ibu perlu mengepam sebanyak 6 - 10 kali sehari bagi mengurangkan risiko susu tersumbat .
  • Kesan       :  Si ibu mungkin tidak mendapat rehat dan tidur yang cukup dan emosinya akan terganggu disebabkan penat .
3. Kasih sayang antara ibu dan bayi .
  • Perbezaan yang sangat ketara antara bayi yang menyusu botol dan menyusu ibu. Anak yang menyusu susu badan akan lebih rapat dengan ibunya berbanding bapanya.
  • Tindakan : Ibu bapa perlu adakan komunikasi semasa penyusuan dijalankan 
  • Kesan       : Bayi tidak mahu dengan bapanya .